25 Sep 2014

Tragedi Kerja Rumah Tak Siap

BANGKOK: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dipukul hingga mati oleh bapanya hanya kerana dia gagal menyiapkan kerja rumah diberi gurunya. Jurucakap polis wilayah Phayao berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah Muang pada malam Isnin. Ketika polis tiba di tempat kejadian, katanya, budak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan darah dilihat keluar dari hidung dan mulutnya. “Tangan kirinya juga patah,” katanya. Budak malang itu sempat dikejarkan ke Hospital Phayao dan menjalani rawatan imbasan pada kepala tetapi disebabkan kecederaannya serius, dia dirujuk kepada Hospital Chiang Rai Prachanukroh. Bagaimanapun, budak itu disahkan meninggal dunia pagi. Sementara itu, bapa mangsa – seorang juruteknik penyaman udara yang berusia 36 tahun mengaku mabuk ketika membelasah anaknya. Kata jurucakap polis, lelaki terbabit berang dan tidak dapat mengawal dirinya apabila mendapati mangsa belum menyiapkan kerja rumah.

24 Sep 2014

Gambar Kejadian Siang Dan Malam

Subhanallah - beginilah putaran alam, siang dan malam. Bukti kebesaran Allah yang tiada tandingan. Kepadanya suatu hari nanti kita akan kembali.

Ketagih makan lilin

SESETENGAH orang mempunyai tabiat menggigit kuku yang dianggap tidak sihat kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Tetapi, kembar berumur 50 tahun dari Bradford, England ini mempunyai ketagihan pelik akibat masalah gangguan makanan atau Pica yang menyebabkan mereka cenderung memakan bahan tertentu. Adele mendakwa dia gemar memakan lilin sejak berumur lapan tahun dan ia langsung tidak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatannya. Kembarnya, Anita memberitahu dia mengalami Pica ketika hamil kira-kira 24 tahun lalu. "Saya mula mengidam objek yang berbau seperti tiket bas lama dan akhirnya menemui bau sama pada buku terpakai. Rasanya juga lebih enak seperti memakan bar coklat," katanya. Ahli psikologi, Marcia Karp memaklumkan terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang ketagih untuk mengambil 'makanan' pelik sepanjang hidup mereka. "Sebagai contoh, Pica mungkin dialami sesetengah wanita hamil dan kadang-kadang disebabkan oleh defisit mineral," jelasnya kepada DailyMail.

Kanak-kanak berjalan 5 km dalam tidur

HONNINGSVAG - NORWAY. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun telah mengejutkan keluarganya, apabila berjalan dalam tidur lebih lima kilometer ke pekan berhampiran ketika cuaca sejuk. Memetik laporan Finnmark Dagblad, kanak-kanak itu hanya memakai seluar dalam dan sepasang kasut tidur. Kanak-kanak akhirnya ditemui tanpa luka di bandar Honningsvag di bahagian utara Mageroeya selepas penduduk tempatan menghubungi pihak polis selepas melihat kelibatnya sekitar jam 6:30 pagi, semalam. Sementara ibu saudaranya hanya menyedari kanak-kanak ini hilang apabila polis menghubunginya. "Saya berlari ke dalam bilik tidurnya dan berasa sangat terkejut apabila melihat dia tidak ada di atas katil," katanya kepada akhbar Verdens Gang. Menurut ibu saudaranya lagi, kanak-kanak itu nampaknya 'bermimpi' bahawa rumahnya terbakar, lantas memakai kasut dan terus membuka pintu hadapan rumah untuk lari keluar. Kanak-kanak tersebut dipercayai keluar berlari ke kawasan kilang ikan berhampiran sebelum berjalan kira-kira 800 meter ke dalam terowong untuk ke Honningsvag. "Anak saudara saya telah keluar selama beberapa jam. "Dalam cuaca ini, dirinya benar-benar sejuk dan sengsara," kata ibu saudaranya lagi. Kanak-kanak itu dan tiga adiknya dijaga sementara ibu saudara mereka kerana ibunya pergi bercuti.

Akibat abaikan anak

SEPASANG suami isteri, Idle Gillian Hendry dan Craig Dick, masing-masing berusia 34 tahun hilang hak penjagaan anak selepas dituduh mengabaikan dua anak mereka di Teesdale Terrace, Britain. Dalam kertas pertuduhan di bacakan di Mahkamah Crown, pasangan itu dikatakan mengabaikan dua anak mereka berusia 12 tahun dan dua tahun dengan meninggalkan mereka di dalam bilik kotor dan busuk. Menurut Dailymail, lebih menyedihkan, seorang daripada anaknya dilaporkan buta mata kiri kerana pasangan itu gagal membawa anak mereka untuk temu janji di hospital. Tindakan pengabaian kanak-kanak itu terbongkar selepas sekumpulan pekerja sosial dari hospital berkenaan pergi ke rumah pasangan itu untuk mengetahui alasan mengapa mereka gagal menemui doktor bagi melakukan pembedahan mata berkenaan. Ketika memasuki rumah terbabit, terdapat puluhan plastik sampah di ruang tamu dengan pakaian tidak berbasuh dan tandas kotor yang dipenuhi najis serta tilam berkulat. Hakim Mahkamah Crown berkata, tindakan pasangan itu amat kejam kerana membiarkan anak-anak mereka hidup dalam keadaan mengerikan dan sangat kotor. Bagaimanapun, peguam pasangan itu Peter Wishlade berkata, ibu kanak-kanak itu mengalami kemurungan hingga gagal melayan anak-anaknya manakala bapa mereka seorang yang pengotor. "Dia adalah seorang lelaki yang tidak tahu menjaga kebersihan diri dan tertekan dengan masalah isterinya," katanya. Keputusan penghakiman diakhiri dengan hakim memutuskan, kedua-dua pasangan itu hilang hak penjagaan terhadap anak-anak mereka dan pasangan itu ditahan di bawah penjagaan pakar sakit jiwa di hospital tempatan.

Wanita Mengandung Yang Ditikam Selamat Melahirkan Anak

Lauren Oliver, 25, ditikam dan mengalami beberapa kecederaan di rumahnya pada minggu lepas, dalam keadaan dia sedang mengandung 7 bulan. Namun begitu, Lauren telah terselamat dan beberapa jam kemudian, bayi perempuannya juga berjaya diselamatkan selepas dilahirkan dengan kaedah pembedahan Caesarean.
Harper dilahirkan pada usia kandungan Lauren 33 minggu dengan berat 4lbs 1oz. Bayi perempuan ajaib ini dikekalkan dalam pemerhatian ketat di Hospital Awam Scunthorpe, tetapi dia dan ibunya berada dalam keadaan baik. Instruktor Menunggang, Lauren, Belton, Lincs, yang merupakan seorang ibu kepada Ruby, 6 tahun, memberitahu yang ahli terbaru dalam keluarganya adalah keajaibannya yang sempurna.
Dia menambah lagi,”Harper dalam keadaan baik. Dia adalah seorang pejuang. Kami menerima kunjungan ramai orang, banyak kad, dan banyak sokongan.” Begitulah kehidupan ini. Biarpun kita diletakkan dalam keadaan berbahaya yang mengancam nyawa, jika belum ajal kita, kita tetap akan kekal hidup. Keajaiban ini benar-benar telah membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Allahu Akbar.

Gadis Menangis Keluar Ketulan Batu Kecil

YAMAN – Kita biasa mendengar pepatah menangis air mata darah, menandakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku. Tetapi kini ada perumpamaan baru iaitu menangis air mata batu. Ia bukan satu pepatah sebaliknya benar-benar berlaku kepada seorang budak berusia 12 tahun , Saadiya Saleh yang menetap di sebuah kampung di sini. Setiap kali dia menangis, maka matanya akan mengeluarkan ketulan batu kecil. Batu-batu itu akan gugur dari matanya, seperti air mata. Keadaan ini mengejutkan banyak pihak, malah pasukan perubatan sendiri pening kepala memikirkan perkara ini kerana remaja itu tidak menghidap sebarang penyakit. Bagaimanapun penduduk kampung ada pendapat sendiri, mereka percaya Saadiya telah dikenakan sihir. Ia menyebabkan seluruh penduduk kampung menjadi panik. Ada yang bimbang Saadiya menjadi mangsa individu yang menyihirnya dan ada pula yang khuatir ia merupakan permulaan kepada wabak penyakit yang merbahaya.
Related Posts with Thumbnails