8 Mei 2010

Ajal dalam laut


KUALA PERLIS – Seorang guru yang didakwa merajuk selepas kecewa kerana ditukarkan ke sekolah baru ditemui mati lemas apabila terjatuh ke dalam laut di Kuala Sungai Baru di sini semalam.


Mayat Zuki Ibrahim, (gambar) 40, ditemui pukul 1.20 petang, enam meter dari tebing pantai.

Sebelum kejadian, Zuki dikatakan telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya, Noriza Kassim, 37, yang memberitahu dia mahu terjun ke laut pada pukul 9 pagi.

Zuki ditukarkan ke sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi sejak dua bulan lalu selepas dinaikkan pangkat menjadi guru kanan mata pelajaran Kemanusiaan.

Sebelum itu, dia mengajar mata pelajaran sama di SMK Padang Siding manakala Noriza pula guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah di sini.

Difahamkan, mangsa merajuk dan tidak puas hati ditukarkan kerana dia terlalu sayangkan anak muridnya di sekolah lama.

Menurut Noriza, dia pergi ke pantai sebaik menerima SMS itu sebelum mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dipandu suaminya ditinggalkan di tepi pantai bersama telefon bimbit.
Related Posts with Thumbnails