5 Mei 2010

Budak mati dalam akuarium


MUAR Seorang ibu menyesal tak sudah apabila menemui anak bongsunya lemas dalam keadaan terlangkup di dalam sebuah akuarium sebaik pulang selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di sebuah sekolah di Jalan Ismail di sini baru-baru ini.

Nurul Najwa Atika Robin Gantilan yang berusia setahun empat bulan ditemui kaku pada pukul 11 pagi Sabtu lalu oleh ibunya, Wan Nor Bahiyah Sabri, (gambar) 35, selepas mendapati anaknya tidak berada bersama kakaknya yang berusia 12 tahun.

Ketika kejadian, kakak mangsa sedang tidur di ruang tamu.

Cerita ibu kepada empat orang anak itu, dia yang bergegas mencari anaknya seolah-olah diserang histeria apabila menjumpai anak bongsunya itu kaku dalam keadaan terlangkup di dalam akuarium mengandungi ikan talapia yang diletakkan di atas lantai dapur rumahnya.

Selepas sampai di rumah bersama dua lagi anak saya, saya lihat anak sulung perempuan saya sedang tidur. Saya kemudian bertanya di mana Ate (Nurul Najwa Atika), ceritanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Related Posts with Thumbnails