5 Mei 2010

Dera anak guna rotan, getah paip


MELAKA – Polis menahan pasangan suami isteri selepas disyaki mendera anak lelaki mereka berusia 10 tahun dengan memukulnya menggunakan rotan dan getah paip di sebuah rumah di Umbai, Jasin baru-baru ini.

Pasangan berusia 35 dan 39 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 35 tahun Rabu lalu selepas menjumpai kanak-kanak tersebut ketika dia sedang merayau-rayau di sebuah pasar malam di Machap Umboo di sini dua hari sebelum itu.

Difahamkan, ketika itu mangsa didakwa berada dalam keadaan ketakutan ekoran baru sahaja melarikan diri kerana tidak tahan didera oleh ibu bapanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) negeri, Supritendan Hamdan Majid berkata, siasatan awal polis mendapati, pasangan tersebut mendera kanak-kanak tersebut kerana tidak tahan dengan perangainya yang hiperaktif.
Related Posts with Thumbnails