12 Mei 2010

Diliwat tanpa rela


KUALA LUMPUR – Mohd. Saiful Bukhari Azlan tetap bertegas dengan kenyataan bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah kondominium pada 26 Jun 2008 tanpa kerelaannya.

Pendirian itu disuarakan Mohd. Saiful, 25 (gambar), setelah diasak berkali-kali oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar ketika sesi soal balas perbicaraan kes liwat yang bersambung di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Saksi itu yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar berkata, kenyataan itu (liwat tanpa kerelaan) dibuatnya dalam pernyataan saksi kepada pihak polis selepas laporan kejadian dibuat pada 28 Jun 2008.

Namun, Mohd. Saiful tidak pasti jika dia membuat kenyataan serupa ketika di luar mahkamah.

Karpal: Semalam kamu kata ada beberapa kenyataan direkodkan oleh polis?

Mohd. Saiful: Ya

Karpal: Di mana kenyataan itu direkodkan?

Mohd. Saiful: Di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan di beberapa tempat lain.

Karpal: Ingat kali pertama rekod?

Mohd. Saiful: Bermula pada 29 Jun 2008 lepas itu saya tak pasti berapa banyak.

Karpal: Betul berlaku ‘tanpa kerelaan’?

Mohd. Saiful: Ya

Karpal: Di luar mahkamah ada nyatakan ‘tanpa kerelaan’?

Mohd. Saiful: Saya tidak pasti.

Karpal: Kamu tetap dengan pendirian semalam iaitu ‘tanpa kerelaan’?

Mohd. Saiful: Ya, tetap sama.

Prosiding terhenti pada peringkat ini apabila Karpal berhujah bahawa kenyataan saksi itu berkemungkinan akan dicabar berikutan wujud percanggahan antara kenyataan kepada polis dan keterangan di mahkamah dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar.
Related Posts with Thumbnails