9 Mei 2010

Kisah Burung Pipit

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang

KISAH BURUNG PIPIT

Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung
terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan
sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu
berulang-alik membantu memadamkan kebakaran….

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau
berulang-alik membawa air?


Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang
marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau
hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Aku tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa
itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu?

Burung : Aku tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat
begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada
aku nampak atau tidak kebakaran itu. Aku akan jawab
bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika
Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu
aku akan menjawab
bahawa aku telah membawa titisan air
menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah
makhluk yang berjiwa mulia.

Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah
sekadar yang kita mampu dengan hati yang ikhlas dan
kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang balasan,
sekurang-kurangnya kita ada menyumbang bakti.
Related Posts with Thumbnails