9 Mei 2010

Lelaki tidur dekat lubang wap


WASHINGTON – Seorang lelaki didapati tidur dekat dengan sebuah lubang pembetungan yang mengeluarkan wap di Pennsylvania Avenue di ibu negara Amerika Syarikat.

Lelaki yang tidak berumah itu menyelimut tubuhnya walaupun cuaca sejuk melanda Washington dan kawasan timur laut AS.

Dia mungkin tidak dapat mencari tempat lain menyebabkan mengambil keputusan tidur dekat dengan lubang itu bagi memanaskan badannya.

Ribut salji yang melanda kawasan timur laut AS menyebabkan ratusan ribu rumah tidak menerima bekalan elektrik, melumpuhkan penerbangan dan menjejaskan perjalanan.
Related Posts with Thumbnails