27 Mei 2010

Model tertinggi dunia tiada kekasih


LONDON – Model tertinggi di dunia yang dikenali dengan nama komersial Amazon Eve mengakui dia sukar mendapatkan teman lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Apabila memakai kasut tumit tinggi, Eve, 31 , memiliki ketinggian melebihi 2.2 meter.

“Saya biasanya keluar temu janji dengan lelaki yang lebih tinggi daripada saya. Namun, bilangan mereka tidak ramai dan kerana itu, saya cuma keluar temu janji dengan enam lelaki sehingga kini,” kata Eve.

“Lelaki paling rendah yang pernah keluar temu janji bersama saya mempunyai ketinggian 1.6 meter. Saya boleh mendukungnya,” tambah model itu.

Berasal dari negeri California, Amerika Syarikat (AS), Eve pernah menjadi ahli gusti dan aktres tetapi dia meninggalkan bidang lakonan setelah bosan kerana penerbit-penerbit filem di Los Angeles asyik memberikannya watak sebagai raksaksa atau makhluk asing.
Related Posts with Thumbnails