9 Mei 2010

Petua mengelakkan barah

1. Minumlah air rendaman teh ( hijau atau hitam tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan, ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakkan sel.
3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang mungkin boleh menolong melindungi daripada kanser payudara dan prostat.
4. Makan sayur brokoli, kobis dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengadungi bahan melawan kanser juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan merangsang sel-sel kebal membunuh kanser, mengandungi vitamin C yang banyak.
7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah, kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluar enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh mengurangkan resiko beberapa jenis kanser.
9. Dapatkan Omega-3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payudara , prostat dan pankreas.
10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan resiko kanser payudara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
Related Posts with Thumbnails