5 Mei 2010

Terjun jambatan rai 1 Mei


OXFORD, Britain – Sejumlah pelajar Universiti Oxford terjun dari Jambatan Magdalen di sini pada waktu subuh bagi meneruskan tradisi sambutan Hari Pekerja kelmarin, lapor sebuah akhbar.

Tradisi itu bermula pada tahun 1970-an namun terjunan tersebut tidak digalakkan kerana 40 orang cedera semasa melakukannya pada 2005 kerana Sungai Cherwell di jambatan berkenaan cuma sedalam 60 sentimeter.


Seorang pegawai polis, Amanda Pearson berkata: “Saya berasa gembira untuk menyatakan bahawa tidak ada daripada mereka (penerjun) yang mengalami kecederaan.”
Related Posts with Thumbnails