27 Mei 2010

Ikan emas pandai bermain muzik


MILWAUKEE, Amerika Syarikat – Sepasang suami isteri di Wisconsin, Stu dan Diane Rains memiliki seekor ikan emas pertama di dunia yang pandai bermain alat muzik, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan peliharaan itu boleh bermain alat muzik loceng tangan dan gemar memainkan alat muzik itu semasa lagu-lagu penyanyi veteran Barbra Streisands berkumandang.

Ikan bernama Jor Jor yang berusia dua tahun itu akan meniup satu saluran di dalam akuariumnya yang disambung pada alat-alat muzik di luar akuarium tersebut.

“Jor Jor memang pemuzik unik, ia juga suka mendengar lagu Moon River oleh penyanyi Barbra Streisand sebelum memainkan loceng untuk beberapa saat dengan menggunakan mulut dan kemudian berenang,” kata Diane, 54.

Model tertinggi dunia tiada kekasih


LONDON – Model tertinggi di dunia yang dikenali dengan nama komersial Amazon Eve mengakui dia sukar mendapatkan teman lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Apabila memakai kasut tumit tinggi, Eve, 31 , memiliki ketinggian melebihi 2.2 meter.

“Saya biasanya keluar temu janji dengan lelaki yang lebih tinggi daripada saya. Namun, bilangan mereka tidak ramai dan kerana itu, saya cuma keluar temu janji dengan enam lelaki sehingga kini,” kata Eve.

“Lelaki paling rendah yang pernah keluar temu janji bersama saya mempunyai ketinggian 1.6 meter. Saya boleh mendukungnya,” tambah model itu.

Berasal dari negeri California, Amerika Syarikat (AS), Eve pernah menjadi ahli gusti dan aktres tetapi dia meninggalkan bidang lakonan setelah bosan kerana penerbit-penerbit filem di Los Angeles asyik memberikannya watak sebagai raksaksa atau makhluk asing.

Ditimbus sampah dalam rumah


CHICAGO – Anggota-anggota bomba telah dikerahkan bagi menyiasat kehilangan sepasang suami isteri sejak tiga minggu lalu di sebuah rumah selepas mendapat aduan daripada jiran-jiran.

Namun, apa yang mengejutkan ialah mereka menemui pasangan itu tertimbus dalam keadaan tidak bermaya di bawah timbunan sampah di dalam rumah mereka.

Pasangan suami isteri yang berusia 79 tahun dan 76 tahun itu telah dijumpai pada malam Isnin lepas.

Jiran yang bimbang mengenai kehilangan mereka telah menghubungi pihak polis namun gagal memasuki rumah ekoran sampah yang memenuhi ruang sehingga ke siling.

“Rumah tersebut dipenuhi dengan pelbagai bahan buangan termasuk makanan yang telah rosak, baju, kertas malah tayar. “Setakat ini, bagaimana mereka ditimbus masih belum diketahui,” kata jurucakap bomba, Larry Langford.

Kedua-dua mereka masih dirawat di Hospital Jackson Park.

Cahaya ganjil di barat Kanada


VANCOUVER – Cahaya aneh dilaporkan muncul di barat Kanada menyebabkan beberapa pakar menyatakan ia adalah penemuan objek terbang yang tidak dikenali (UFO), lapor sebuah akhbar.

Cahaya berbentuk bebola itu turut membentuk lingkaran sebelum bersinar dengan terang dan hilang secara tiba-tiba.

Fenomena tersebut yang dirakamkan baru-baru ini oleh seorang lelaki, Steven Murray telah disiarkan oleh sebuah akhbar pada Isnin lepas manakala klip videonya boleh ditonton di laman perkongsian video, YouTube.

“Saya memasang empat kamera untuk merakamkan imej tahi bintang. Kamera nombor tiga yang merakamkan fenomena ini,” kata Murray.

“Saya melihatnya dari pejabat saya semasa sedang bekerja. Objek itu berada di skrin monitor. Apabila saya bergegas keluar, objek tersebut sudah hilang tetapi sejurus kemudian saya mendengar bunyi dentuman yang amat kuat,” tambahnya.

Lingkaran cahaya itu menyerupai lingkaran cahaya di langit Norway pada 9 Disember tahun lalu yang pada awalnya disangka sebagai UFO tetapi ia kemudian dianggap berpunca daripada satu ujian peluru berpandu Rusia yang menemui kegagalan.

Ramai pembaca bagaimanapun, sangsi dengan peristiwa ganjil itu dan tidak kurang yang menyatakan ia adalah palsu dan dibuat dengan menggunakan teknik pengimejan penjanaan komputer.

Bapa dipukul jual anak


WUHAN – Seorang bapa di China mengadakan lelongan hamba zaman moden selepas dia merantai anak lelakinya di sebatang tiang lampu dan mengambil bidaan daripada beberapa orang yang tidak dikenali, lapor sebuah akhbar semalam.

Akibat kemiskinan, bapa tersebut, Yong Tsui mahu melepaskan tanggungjawab memelihara anaknya yang berusia lapan tahun itu dengan menjualnya, baru-baru ini.

Dia meletakkan sebuah meja kecil lengkap dengan dengan sekeping kertas yang menyatakan umur, nama dan keupayaan kanak-kanak itu untuk melakukan kerja berat.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku di sini, tengah China itu menyebabkan sekumpulan lelaki naik berang dan memukulnya.

Budak itu yang dikenali sebagai Fai, kemudian diletakkan di bawah jagaan polis.

Bapa budak itu memberitahu polis bahawa ibu anaknya itu mati tiga tahun lalu dan dia tidak mampu untuk membesarkannya.

“Dia (bapa budak itu) tidak mempunyai pekerjaan. Dia tidak berminat dengan wang tetapi cuma untuk mencari sebuah tempat kediaman untuk anaknya,” kata seorang pegawai polis.

14 Mei 2010

Bayi PLKN

PAPAR: Tangisan bayi pada awal pagi yang mengundang ketakutan di kalangan pelatih kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ovai di sini, terjawab apabila menemui bayi lelaki yang baru dilahirkan rakan mereka di dalam tandas pusat berkenaan, awal pagi semalam.

Bayi yang masih berdarah dan bertali pusat itu ditemui sekumpulan pelatih yang menyiasat arah tangisan berkenaan sebelum mengesan bunyi itu datang dari bilik air.
Sebaik memasuki tandas, kumpulan pelatih berkenaan terkejut melihat rakan mereka dalam keadaan tidak bermaya memegang bayi sebelum menghubungi pihak pengurusan memaklumkan perkara itu.
Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Nik Zaidi Nik Zakaria mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
Pelatih berasal dari Keningau berusia 18 tahun itu melahirkan bayi di dalam tandas kem berkenaan sebelum ditemui pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.
Ibu muda bersama bayinya itu dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut dan kini dilaporkan stabil, katanya.
Katanya, bayi lelaki cukup sifat seberat 2.63 kilogram itu juga stabil dan sedang dirawat di hospital sama.
Siasatan awal polis mendapati pelatih itu pernah menjalin hubungan rapat dengan lelaki dipercayai kekasih yang menetap di kampungnya di Keningau.
Ketika mendaftarkan diri di pusat latihan itu pada Mac lalu, pelatih berkenaan dipercayai sudah berbadan dua, katanya.

Katanya, pelatih itu bijak menyembunyikan kehamilannya sehingga tidak disedari jurulatih dan rakan pelatih lain.
Semua jurulatih mengaku tidak menyedari mengenai perkara itu sepanjang dua bulan pelatih berkenaan menjalani latihan di kem itu.
Polis kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun yang boleh membantu siasatan, katanya.
Sementara itu, Nik Zaidi turut mengingatkan pihak pengurusan PLKN melakukan pemeriksaan lebih teliti terhadap pelatihnya.

Saya mencadangkan pihak kem PLKN melakukan ujian kehamilan ke atas semua pelatih yang bakal memasuki pusat ini pada masa akan datang.
Langkah ini bertujuan mengelak kes seperti ini berulang selain perkara tidak diingini berlaku, katanya.
Katanya, pihak bertanggungjawab perlu menjadi kejadian itu sebagai pengajaran dan iktibar.
“Apa akan terjadi dan bertanggungjawab jika pelatih bersalin ketika sedang mengadakan latihan lasak seperti memanjat dan sebagainya.
“Kita tidak mahu berlaku sesuatu buruk berlaku yang boleh menyebabkan nyawa pelatih dan bayi dikandungnya terancam,” katanya.

12 Mei 2010

Ibu dipenjara kerana tampar anak


SYDNEY – Seorang pendandan rambut, Colleen Gudmann dipenjara kerana menampar anak perempuannya, Victoria di sebuah balai polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Colleen menampar semasa dia berada dalam keadaan terlalu marah selepas dia diberitahu polis bahawa anaknya ditahan kerana cuba menggunakan kad pengenalan palsu untuk memasuki sebuah kelab malam.

Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup di balai polis berkenaan.

Colleen berkata, dia memberikan tamparan yang tidak kuat di pipi anaknya yang berumur 11 tahun itu.

“Perkara yang seterusnya yang saya ketahui ialah seorang anggota polis menjerit ke arah saya. Anggota-anggota polis kemudian membawa saya ke sebuah bilik dan menyatakan mereka mendakwa saya kerana melakukan satu serangan,” katanya.

Seorang pegawai polis, Stefan Kent berkata, menampar muka seorang kanak-kanak merupakan satu perbuatan serangan.

“Dia (Colleen) menyerang anaknya di dalam bilik pendakwaan di hadapan beberapa anggota polis,” katanya.

Bagaimanapun dia kemudian dibebaskan selepas beberapa jam ditahan oleh polis.

Mastura buah nangka terbaik


NANGKA Mastura pertama kali diketengahkan kepada umum sekitar tahun 2000. Ia diiktiraf sebagai varieti buah nangka tempatan yang terbaik pernah dihasilkan setakat ini.

Mampu mencecah berat sekitar 20 hingga 30 kilogram (kg) sebiji selain menghasilkan ulas yang manis dan berwarna keemasan, kualiti nangka Mastura telah mengangkat nama buah tempatan.

Malah, penggemar buah-buahan tempatan yang pernah merasainya pasti bersetuju bahawa nangka Mastura merupakan nangka terbaik pernah dinikmati.

Namun, populariti Mastura menyebabkan umum kurang mengenali individu yang bertanggungjawab menghasilkan varieti nangka tersebut.

Juga digelar nangka madu, ia merupakan gabungan daripada nama Mas yang membawa maksud warna isi yang keemasan manakala tura pula membawa maksud tanaman untuk rakyat.

Ia adalah hasil ciptaan Profesor Dr. Zainal Abidin Abd. Aziz ketika beliau masih bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang sekitar tahun 1980-an.

Menurutnya, varieti nangka Mastura hanya diketengahkan setelah menyempurnakan penyelidikan selama dua dekad mengenai buah istimewa itu menerusi geran penyelidikan USM bernilai kira-kira RM1 juta.

Jelasnya, pada peringkat awal kajian, beliau telah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta dari Gopeng, Perak dan mengumpulkan sembilan genetik nangka terbaik dari seluruh Asia Tenggara untuk dikaji.

“Daripada sampel itu, sebanyak 400 titisan genetik berjaya dihasilkan dan selepas lapan tahun kajian, enam daripadanya diperkenalkan sebagai varieti baru dengan nama CJ-1, CJ-2, CJ-3, CJ-4, CJ-5 dan CJ-6.

“Selepas tiga hingga empat tahun ditanam dan mengeluarkan buah, orang ramai menggelarkannya nangka madu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di ladang penanaman nangka Mastura di Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.

Di atas tanah seluas 12 hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang dijadikan tapak kajiannya, Zainal Abidin kini turut menjalankan penyelidikan 20 buah-buahan tropika lain termasuklah durian belanda, jambu air, belimbing, longan, rambutan, pulasan dan roselle.

Walaupun berjaya menghasilkan nangka yang mempunyai ciri-ciri baik, namun kajian terhadap varieti nangka tidak terhenti di situ sahaja.

Menurut Zainal Abidin, sebanyak 400 titisan genetik daripada enam varieti CJ-1 hingga CJ-6 telah dikaji semula dan selepas lapan tahun, satu titisan daripadanya telah dipilih. Mengapa?

Ini kerana ia mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki iaitu mempunyai saiz buah yang besar, mengeluarkan ulas yang manis dan isinya yang keemasan.

Varieti itu diperkenalkan kepada umum dengan nama CJ/USM 2000 Mastura yang kemudiannya menerima nama jolokan nangka Mastura seperti yang dikenali pada hari ini.

Malah, nangka Mastura juga mempunyai ciri-ciri yang baik. Antaranya ialah buahnya berbau harum, isi yang tebal, buah tidak mudah rosak, pokok yang lebih tahan serangan penyakit dan berbuah sepanjang masa.

Jelasnya, pokok nangka Mastura dengan ketinggian di antara 4.5 meter hingga 5.4 meter mampu mengeluarkan buah pertama selepas 18 bulan ditanam. Ia boleh mengeluarkan dua putik buah dalam tempoh sebulan selain mampu hidup selama lebih dua dekad.

Sehingga kini, varieti nangka Mastura paling banyak ditanam di Pahang yang melibatkan keluasan ladang kira-kira 1,200 hektar manakala di Terengganu dan Selangor pula melibatkan penanaman masing-masing seluas 160 hektar yang benihnya dipasarkan menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri itu.

Sebagai kesinambungan kepada kejayaan yang telah dihasilkan menerusi penemuan varieti nangka Mastura, Zainal Abidin yang telah bersara sebagai pensyarah di USM masih lagi meneruskan kajiannya.

Kini kajian terbarunya yang dilaksanakan sejak lima tahun lalu sudah memasuki peringkat penilaian terhadap 200 sampel titisan yang dihasilkan daripada kacukan beberapa jenis nangka terbaik termasuklah nangka Mastura.

“Kajian terbaru saya ini dijangkakan dapat menghasilkan empat lagi baka baru nangka yang mempunyai ciri-ciri baik, mungkin lebih baik daripada nangka Mastura.

“Saya jangkakan dalam masa setahun dua lagi, ia dapat diperkenalkan kepada umum untuk ditanam secara komersil di kawasan pertanian,” katanya.

Buta hati kerana cinta

MELAKA: Akibat panahan cinta dan disogokkan dengan kemewahan, seorang remaja menjadi buta hati hingga terlalu setia dan taksub kepada teman lelakinya biarpun sering dipukul lelaki terbabit termasuk disepak sesuka hati hingga mengalami kecederaan teruk.

Kemuncaknya, gadis berusia 17 terbabit yang dikenali sebagai Lisa (bukan nama sebenar) bertindak nekad membunuh diri dengan menelan puluhan pil, tetapi bernasib baik apabila doktor menyelamatkannya selepas ditemui dalam keadaan separuh nyawa oleh rakannya di dalam bilik rumah sewa mereka di Bachang, 28 April lalu.
Menceritakan semula kejadian mengejutkan itu, rakan mangsa dikenali sebagai El berusia 22 tahun, berkata dia difahamkan mangsa baru berkenalan dengan teman lelakinya sebulan lalu sebelum bersetuju keluar bersama.
Katanya, sejak awal perkenalan, dia melihat tiada keserasian antara mereka kerana masing-masing berbeza tingkah laku.
Lisa ini agak degil orangnya manakala teman lelakinya kuat cemburu. Sebetulnya kami baru kenal kira-kira dua minggu melalui bekas teman lelaki saya yang mengenalinya melalui laman web.
Sejak itu, kami sering keluar bersama termasuk lepak di pusat hiburan dan karaoke di pusat bandar mahupun Ayer Keroh.
Malam pertama keluar bersama, saya lihat beberapa kali Lisa bertengkar dengan teman lelakinya, namun teman lelakinya pandai memujuk apabila memberikan wang untuk kegunaannya, katanya.
El berkata, Lisa sebelum ini pernah menumpang di rumah kakaknya, namun melarikan diri kerana tidak sanggup menyara mereka.
Dia menyewa bersama teman lelakinya di Ayer Keroh dan baru seminggu saya dapat tahu mereka bergaduh. Lisa sendiri telefon saya kira-kira jam 10 malam sambil menangis dan meminta segera menjenguknya.

Saya lihat dia mengalami lebam pada mata kiri dan mengadu ditendang kekasihnya di kepala, dada dan perut.
Kerana kasihan saya ajak duduk bersama dan lebih pelik teman lelakinya berada di rumah ketika itu beriya-iya merayu tidak ditinggalkan kerana menyesal dengan perbuatannya dan Lisa seperti memaafkannya, katanya.
Katanya, dia membawa Lisa ke Hospital Melaka (HM) untuk rawatan dan doktor mengarahkan satu laporan polis dibuat.
Dua hari Lisa ditahan di hospital sebelum saya bawanya balik ke rumah sewa di Bachang. Saya berpesan kepada rakan serumah melihat Lisa di bilik kerana saya keluar menghantar rakan.

Ketika itu, saya lihat dia masih lagi berbalas sistem pesanan ringkas (SMS) dengan teman lelakinya itu, namun keadaannya dilihat agak kusut, katanya.
El berkata, rakan serumah terkejut apabila mendapati Lisa cuba membunuh diri dengan menelan semua ubat diberikan doktor dan menelefonnya untuk memberitahu perkara berkenaan.

Mail ‘diperkosa’ ibu tunggal

SUNGAI PETANI: Dia merenung saya dengan penuh ghairah sebelum tiba-tiba menyelak kainnya dan merangkak ke atas tubuh saya, kata seorang pemandu lori berusia 40-an yang mendakwa diperkosa seorang tukang urut wanita di Bedong, dekat sini, pertengahan bulan lalu.

Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Mail berkata, dia tidak menyangka, malah terkejut apabila wanita berusia 50-an itu bertindak demikian kerana hanya mengetahui wanita terbabit menyediakan khidmat mengurut.
Difahamkan, wanita terbabit yang juga ibu tunggal hanya memberi khidmat mengurut kepada lelaki selain turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
Tukang urut wanita itu menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu di rumahnya yang turut didiami bersama dua anaknya. Malah, ketika memberikan perkhidmatan itu, kedua-dua anaknya berada di ruang tamu manakala dia bersama pelanggannya beraksi dalam bilik.
Mail ketika ditemui berkata, dia yang sebelum ini tidak tahu-menahu mengenai kegiatan itu pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 5 petang bagi mengurut badan yang sakit selepas diberitahu rakan berhubung urutan wanita itu kononnya sangat berkesan.
Saya diberitahu supaya datang mengurut selama tiga hari berturut-turut dengan bayaran RM30 setiap kali urutan, katanya.
Katanya, pada hari kedua, wanita terbabit mula bertindak pelik apabila tiba-tiba mengurut kemaluannya. Dia kemudian dengan ghairah tiba-tiba menyelak kainnya dan meniarap ke atas saya yang terlentang. Lebih mengejutkan, dia tidak memakai seluar dalam, katanya.
Mail yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera menolaknya hingga jatuh sebelum mencapai pakaiannya serta bergegas keluar dari rumah wanita terbabit.
Katanya, berikutan kejadian itu, dia tidak pergi ke rumah wanita berkenaan untuk mengurut pada hari ketiga kerana menyesal serta terkejut dengan tindakannya.

Saya kesal dengan perbuatan wanita itu kerana mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya. Sepatutnya dia hanya mengurut, sebaliknya sanggup mengajak melakukan hubungan seks.
Selepas kejadian itu, saya diberitahu rakan bahawa wanita itu memberi perkhidmatan urut kepada orang lelaki saja dan perkhidmatannya itu sudah berlarutan selama beberapa tahun dan sering menjadi tumpuan golongan lelaki, katanya.

Mail berkata, dia dimaklumkan ramai di kalangan pemandu lori sering ke rumah wanita terbabit bagi mendapatkan khidmat urutnya terutama pada sebelah petang dan malam. Katanya, wanita itu menjadi tumpuan kerana masih cantik dan ramping walaupun usianya sudah melewati 50 tahun. Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, ketika dihubungi, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan wanita itu tetapi berjanji akan melakukan siasatan.

Saya tak sampai hati

HULU TERENGGANU: Walaupun dia bukan lagi ibu mentua, saya tetap akan menjaganya sehingga akhir hayat, kata Zawiyah Jusoh, 54, yang sanggup berkorban menjaga Mek Yam Ngah, 81, dan tinggal bersamanya di Kampung Bukit Jaber, Ajil dekat sini, biarpun ditinggalkan bekas suaminya ketika mengandungkan anak sulung mereka lebih 30 tahun dulu.

Ibu kepada lima anak itu berkata, walaupun bekas suaminya mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga, dia tidak sampai hati melihat penderitaan bekas ibu mentuanya yang uzur dan tidak dapat bergerak tanpa pertolongan sejak beberapa tahun lalu.
Zawiyah yang kemudian berkahwin dengan Mohamad Awang Ngah berkata, bekas suaminya yang juga anak tunggal Mek Yam, enggan mengambil ibunya tinggal bersama di Kuala Krai, Kelantan, menyebabkan dia tiada pilihan selain membawa bekas ibu mentuanya itu menetap bersamanya.
Dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, saya tak sanggup melihat bekas ibu mentua menderita keseorangan dan kami sekeluarga ikhlas membantu menjaganya walaupun dia kerap meminta kami menghantarnya ke rumah orang tua kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Saya tak sampai hati untuk memenuhi permintaannya itu kerana sememangnya saya sudah lama menganggap Mek Yam sebagai ibu sendiri selepas kehilangan ibu kandung hampir 18 tahun lalu, kata Zawiyah yang turut menjaga bapanya, Jusoh Chik, 96.
Menurutnya, beban yang ditanggung turut berganda apabila bapanya kini lumpuh akibat sakit tua.
Zawiyah kini sudah tidak boleh lagi mengambil upah membuat kerja sampingan di kampung kerana terpaksa menjaga bapa dan bekas ibu mentuanya yang memerlukan perhatian hampir sepenuh masa.
Kedua-dua mereka hanya terbaring di tempat tidur kerana tak boleh bergerak dan terpaksa disuap makan serta diuruskan kebersihan diri mereka.
Suami dan anak turut membantu, namun saya terpaksa berada di rumah hampir sepanjang masa dan tak dapat lagi membantu suami yang cuma bekerja sebagai buruh kampung untuk mendapatkan pendapatan tambahan keluarga, katanya.

Dengan pendapatan antara RM400 hingga RM500 sebulan, keluarga mereka sering dilanda masalah kewangan terutama apabila Mek Yam dan Jusoh memerlukan rawatan perubatan secara berterusan.
Kelmarin, keluarga mereka diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Datuk Rosol Wahid, bersama Pengerusi Program Juara Rakyat Hulu Terengganu, Ariffin@Mohd Nasir Ismail dan beberapa pemimpin setempat yang menghulurkan bantuan kewangan serta makanan.
Kami bersyukur kerana mendapat bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana sekurang-kurangnya bapa dan bekas ibu mentua mendapat rawatan yang agak sempurna walaupun kami terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan lain.
Saya juga bersyukur kerana suami dan anak tidak banyak merungut dengan kesempitan hidup sekarang yang memaksa kami tidur di bahagian dapur kerana dua bilik di rumah usang kami didiami bapa dan bekas ibu mentua yang uzur, katanya.

Menurutnya, kepayahan hidup keluarga mereka juga dikongsi bersama masyarakat tempatan yang sering menghulurkan bantuan apabila mereka memerlukannya.
Kelmarin, keluarga mereka diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Datuk Rosol Wahid, bersama Pengerusi Program Juara Rakyat Hulu Terengganu, Ariffin@Mohd Nasir Ismail dan beberapa pemimpin setempat yang menghulurkan bantuan kewangan serta makanan.
Turut hadir, Pengarah Urusan Mumtaz Murad Ali Sdn Bhd, Misesh Ramesh Chugani, yang memberi bekalan lampin pakai buang untuk kegunaan selama enam bulan kepada Mek Yam dan Jusoh.

Penjara paling mewah di dunia


OSLO – Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi.

Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Gabenor penjara itu, Are Hoidal berkata, penjara seluas 30.35 hektar itu dibuka pada bulan lalu dan tidak ada banduan yang telah melarikan diri setakat ini.

“Dalam sistem penjara Norway, tumpuan pemulihan diberikan berhubung aspek hak asasi manusia dan rasa hormat,” katanya.

Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka.

Diliwat tanpa rela


KUALA LUMPUR – Mohd. Saiful Bukhari Azlan tetap bertegas dengan kenyataan bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah kondominium pada 26 Jun 2008 tanpa kerelaannya.

Pendirian itu disuarakan Mohd. Saiful, 25 (gambar), setelah diasak berkali-kali oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar ketika sesi soal balas perbicaraan kes liwat yang bersambung di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Saksi itu yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar berkata, kenyataan itu (liwat tanpa kerelaan) dibuatnya dalam pernyataan saksi kepada pihak polis selepas laporan kejadian dibuat pada 28 Jun 2008.

Namun, Mohd. Saiful tidak pasti jika dia membuat kenyataan serupa ketika di luar mahkamah.

Karpal: Semalam kamu kata ada beberapa kenyataan direkodkan oleh polis?

Mohd. Saiful: Ya

Karpal: Di mana kenyataan itu direkodkan?

Mohd. Saiful: Di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan di beberapa tempat lain.

Karpal: Ingat kali pertama rekod?

Mohd. Saiful: Bermula pada 29 Jun 2008 lepas itu saya tak pasti berapa banyak.

Karpal: Betul berlaku ‘tanpa kerelaan’?

Mohd. Saiful: Ya

Karpal: Di luar mahkamah ada nyatakan ‘tanpa kerelaan’?

Mohd. Saiful: Saya tidak pasti.

Karpal: Kamu tetap dengan pendirian semalam iaitu ‘tanpa kerelaan’?

Mohd. Saiful: Ya, tetap sama.

Prosiding terhenti pada peringkat ini apabila Karpal berhujah bahawa kenyataan saksi itu berkemungkinan akan dicabar berikutan wujud percanggahan antara kenyataan kepada polis dan keterangan di mahkamah dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar.

9 Mei 2010

Suasana St. Marteen Airport












Kisah 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Kisah 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai.. Tinggal lagi Sembilan

“Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?”
“Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki … tiga empat orang ”
“Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami.”
“Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri.”
“Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita.”
“Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia? Jantan mana yang pelahap buat bini?”
“Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?”
“Kenal abah ”
“Berapa orang ?”
“Empat ”
“Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?”
“Seorang saja yang lain tidak tahu.”
“Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report !


“Huuuuu dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! ”
“Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!”
“Baju kita ini pun nampak pusat juga!”
“Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat.”

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan Berpesta seks – video lucah di apartment
Satu sempat dicekup pencegah maksiat.. Tinggal lagi lapan

“Hah! Padan muka si Saman tu megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!”
“Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji.”
“Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu . Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang.”
“Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!”
“Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.”
“Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. TV pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!”

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan.. Tinggal lagi tujuh

“Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik saya runsing sangat!”
“Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !”
“Esok saya nak pergi jumpa bomoh tentu bomoh tahu. ”
“Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik .”
“Habis ?”
“Kikta tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah.”

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh.. Tinggal lagi enam

“Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!”
“Dunia sekarang memang kejam, puan anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?”
“Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik .”
“Dia kerja apa di KL, tu?”
“Katanya pegawai eksekutif syarikat .”
“Syarikat apa, puan?”
“Kalau tak silap syarikat import eksport katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar bosnya baik selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali.”
“Oh?”

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur.. Tinggal lagi lima

“Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?”
“Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?”
“Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?”
“Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?”
“Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!”
“Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?”
“Dia tu bekerja, bukan?”
“Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?”

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap.. Tinggal lagi empat.


“Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada contact dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami.”
“Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica… ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia.”
“Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena naya dengan teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?”
“Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu.”

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin.. Tinggal lagi tiga

“Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?”
“Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!”
“Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?”
“Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline.”
“Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!”
“Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!”
“Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?”
“Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi
“Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?”
“Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi.”
“Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?”
“Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!”

“Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?”
“Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.” Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!
“Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!”
“Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!”
“Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh! Tak sempat brake!”
“Ah, ada yang parah nampaknya satu lagi nampak okey .”
“Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?”
“Bawa kawan saya keluar, dulu saya okey. Saya boleh keluar sendiri.”
“Mari kita angkat dia ramai-ramai jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati! Ah, letak atas rumput di sini.”
“Aaaarrrrgggg aaarrrrgggg
Masni Mas Mas mengucap mengucap Mas .”
“Aaarrrggg aaarrrggg .”
“Mengucap Mas ikut saya, mengucap … Laaa ilaaa haillallah Laaaa ilaaa haillallah .”
“Laaaa ilaaaa .”
“Kata, Laaa ilaaa haillallah Mas! Kata, Laaa ila haillallah .”
“Laaa ilaaa .”
“Massss sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss! Masss sebut Laaa ilaaa haillallah.”
“Dia sudah tidak ada lagi dek ”
“Masss sebut Laaa ilaaa haillallah Masss sebut ”
“Dia dah tak ada, dek dah tak ada lagi!”
“Ah, Mas Mas mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss Laaa ilaaa, tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan !”
“Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?”

Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan..
(Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya.. Tinggal lagi dua

“Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap.”
“Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah .”
“Dia ingat dia bijak! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia.”
“Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi.”

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram.. Tinggal lagi satu

“Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu!”
“Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?”
“Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!”
“Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!”

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan Sangat-sangat susah hati Termenung-menung seorang diri..

Bagai ayam mabuk hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

Info tambahan:
Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan..

Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah kegebuan leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.


2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang gebu itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai kain koyak pula. Apabila berjalan, terserlahlah kegebuan betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, merendek pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

jambatan tercantik dan kreatif di dunia








Mitos buah-buahan dan Organ intim wanita

Usah takut untuk menikmati buah-buahan seperti nanas,mentimun dan betik yang sering kali dikatakan tidak baik untuk kesihatan organ intim wanita. Sebenarnya,larangan tersebut lebih tertumpu pada mitos.Kenyataannya, bahan-bahan tersebut mengandungi gizi yang baik, terutamanya bagi wanita. Jadi, jangan ragu untuk menikmatinya.

Betik

Mitos: Alat sulit atau organ intim mengeluarkan lendir yang berlebihan.

Fakta:

* Betik muda biasanya tidak berbau. Getahnya yang berwarna keputihan mengeluarkan suatu enzim ‘protease’ yang fungsinya sama seperti ‘bromelin’ pada nanas atau ‘actidin’ pada kiwi.

* Isi buah betik yang berwarna oren menunjukkan bahawa betik kaya dengan beta karoten, sangat berguna untuk menjaga penglihatan, memperbaiki jaringan yang rosak, mempertahankan kelembapan kulit dan rambut.

* Betik juga sumber vitamin C, iaitu antioksida yang akan menghalangradikal bebas.

* Serat dalam betik, merupakan serat yang larut dalam air yang boleh mengikat kolesterol jahat. Serat ini juga membantu penghadaman serta melancarkan pembuangan air besar.

Mentimun

Mitos: Keputihan dan bau yang tidak sedap di bahagian vagina.

Fakta:

* Mentimun mengandungi asid ‘malonat’ yang baik untuk mengurangi berat badan.

* Kandungan seratnya yang tinggi berguna untuk melancarkan pembuangan air besar, menurunkan kolesterol dan meneutralkan racun.

* Kandungan ‘fosfor’, vitamin C, asid ‘folic’ pada mentimun berfungsi melancarkan pembuangan air kencing, menghilangkan ketegangan, atau ubat antistress. Vitamin E yang terkandung pada mentimun juga akan melambatkan proses penuaan dan menghilangkan kedut.

* Mentimun juga mengandungi ‘astringent’ sehingga boleh meneutralkan kulit yang terlalu berminyak, merawat jerawat, mengatasi bengkak di sekitar mata dan mencegah kedutan di wajah.

Nenas

Mitos: Rasa gatal di bahagian vagina.

Fakta:

* Nanas mengandungi asid ‘oxalic’. Jika nanas dimakan tanpa dibersihkan terlebih dahulu, ia boleh menimbulkan rasa gatal bagi yang memakannya. Rasa gatal tersebut terjadi di bahagian luar tubuh, seperti permukaan kulit, atau di dalam tubuh, seperti di bahagian dalam organ wanita. Jadi, sebaiknya nanas dibersihkan dengan garam terlebih dahulu supaya kandungan asid ‘oxalic’nya hilang.

* Nanas adalah sumber vitamin C dan vitamin A yang merupakan antioksida bagi tubuh. Selain itu, karotena dalam nanas berguna untuk mempertahankan kesihatan kulit.

Pintu Neraka di Turkmenistan?










Mandikan Aku Bonda!

Di bawah ini adalah satu contoh tragis sering kali orang tidak mensyukuri apa yang dimilikinya hingga keakhirnya

Rani, sebut saja begitu namanya. Kawan sekuliahku ini berotak cemerlang dan memiliki idealisme yang tinggi. Sejak masuk kampus, sikap dan konsep dirinya sudah jelas meraih yang terbaik, di bidang akademik mahupun profesion yang akan diceburinya. ”Why not the best” katanya selalu, mengutip ucapan seorang mantan presiden Amerika.


Ketika pihak Universiti menghantar mahasiswa untuk menuntut di International Law Di Universiteit Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah seorang daripadanya. Saya pula lebih memilih menyelesaikan pendidikan dalam bidang kedoktoran. Berikutnya, Rani mendapat jodoh yang ‘’selevel”; sama-sama berprestasi, meskipun berbeza profesion.

Aliffya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai Staf Diplomat, bertepatan dengan selesai suaminya meraih PHD. Maka lengkaplah kebahagiaan mereka. Kononnya, nama putera mereka itu diambil dari huruf pertama hijaiyah ”Aliff” dan huruf terakhir ”Ya”, jadilah nama yang enak didengar: Aliffya. Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir.

Ketika Aliff, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani semakin menggila. Bak GARUDA, hampir setiap hari ia terbang dari satu kota ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain. Sebenarnya saya pernah bertanya, ”tidakkah si Aliff terlalu kecil untuk ditinggal-tinggalkan? ” Dengan pantas Rani menjawab, ”oh, saya sudah mengandaikan segala sesuatunya. Everything is ok!” ucapannya itu betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani secara profesional oleh baby sitter “mahal”. Rani cuma mengawal jadual Aliff melalui telefon. Aliff membesar menjadi anak yang kelihatan lincah, cerdas dan mudah mengerti.

Nenek-neneknya selalu menonjolkan kebanggaan mereka kepada cucu yang amat dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan wang yang banyak. ”Contohilah ayah-Bonda Aliff, kalau Aliff besar nanti.” begitu selalu nenek Aliff (ibu Rani) berpesan di akhir cerita sebelum tidurnya. Ketika Aliff berusia 3 tahun, Rani bercerita kalau dia minta adik. Terkejut dengan permintaan tak terduga itu, Rani dan suaminya kembali menagih pengertian anaknya. Kesibukan mereka belum memungkinkan untuk menghadirkan seorang adik buat Aliff. Sungguh anak kecil ini “memahami” orang tuanya. Buktinya, kata Rani, ia tak lagi merengek minta adik. Aliff, tampaknya mewarisi karaktor ibunya yang bukan perengek. Meski kedua orangtuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali merungut.bahkan, kata Rani, Aliff selalu menyambut kedatangannya dengan penuh ceria. Maka, Rani memanggilnya ”malaikat kecilku”.

Sungguh keluarga yang bahagia, fikir saya. Meskipun kedua orangtuanya super sibuk, Aliff tetap membesar dgn penuh kasih sayang. Diam-diam, saya irihati pada keluarga ini. Suatu hari, sebelum Rani berangkat ke pejabat, entah mengapa Aliff menolak dimandikan baby sitter. “Aliff ingin Bonda mandikan”, ujarnya penuh harapan. Serba salah saja Rani, yang setiap detik waktunya sangat berharga, gusar. Ia menolak permintaan Aliff sambil terus berdandan dan mempersiapkan keperluan pejabatnya. Suaminya pun turut memujuk Aliff agar mau mandi dengan Tante Mien, baby sitter-nya. Sesungguhnya, Aliff mengerti dan menurut, meskipun wajahnya berkerut. Peristiwa ini berulang sampai hampir seminggu. ”Bonda, mandikan aku!” kian lama suara Aliff penuh tekanan. Lalu, Rani dan suaminya berfikir, mungkin itu kerana Aliff sedang dalam masa pra-sekolah, jadinya agak lebih minta perhatian. Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Aliff dapat ditinggal juga.

Pada satu petang, saya dikejutkan oleh telefon Mien, si baby sitter. ‘Puan [UTF-8?]doktor, Aliff demam dan kejang-kejang. Sekarang di emergency room dengan pantas, saya terus ke ICU. But it was too late. Allah SWT sudah punya rencana lain. Aliff, si malaikat kecil, telah dipanggil pulang oleh-Nya.

Rani, ketika diberi tahu tentang Aliff, sedang merasmikan pejabat barunya. Ia sangat terperanjat. Setibanya di rumah, satu-satunya keinginan dia adalah memandikan putranya. Setelah seminggu Aliff mula menuntut dimandikan, Rani memang menyimpan komitmen untuk suatu masa memandikan anaknya sendiri.

Dan siang itu, janji Rani terkabul, meskipun setelah tubuh si kecil terbaring kaku. ”Ini Bonda lif, Bonda mandikan Aliff,” ucapnya lemah, di tengah-tangah jemaah yang sunyi. Satu persatu rakan Rani menjauhi dari sisinya, berusaha menyembunyikan tangisan.

Ketika tanah merah telah menutup jasad si kecil, kami masih berdiri di sisi pusara. Berkali-kali Rani, sahabatku yang tegar itu, berkata, ”ini sudah takdir, ya kan . Sama saja, aku di sebelahnya ataupun di seberang lautan, kalau sudah masanya, ia dia pergi juga kan ?” saya diam saja.

Rasanya Rani memang tak memerlukan hiburan dari orang lain. Suaminya tegak seperti tak bernyawa. Wajahnya pucat, pandangannya kosong. “ini konsekuensi dari sebuah pilihan,” ujar Rani, tetap mencuba tegar dan kuat.. Hening seketika. Angin senja meniupkan aroma bunga kemboja. Tiba-tiba Rani berlutut. “aku ibunyaaa!” teriaknya seperti histeria, lalu meraung hebat. Rasanya baru kali ini saya menyaksikan Rani menangis, lebih-lebih lagi tangisan yang meledak. “bangunlah Lif, Bonda mau mandikan Aliff. Beri kesempatan Bonda sekali saja lif. Sekali saja, Aliff……….” Rani merintih merayu-hiba. Seketika kemudian, ia mencampakkan dirinya ke pusara dan tertelungkup di atasnya. Air matanya membanjiri tanah merah yang menaungi jasad Aliff. Senja pun makin tua.

Nasi sudah menjadi bubur, sesal tidak lagi dapat menolongnya.
Hal yang nampaknya mudah sering kali menimbulkan sesal dan kehilangan yang amat sangat.
Sering kali orang yang sibuk ‘di luar’, asik dengan dunianya dan ambition sendiri hingga mengabaikan orang-orang disampingnya yang disayanginya. Akan masih ada waktu ‘nanti’ buat mereka jadi abaikan saja dulu.
Sering kali orang takabur dan merasa yakin bahawa pengertian dan kasih sayang yang diterimanya tidak akan hilang. Merasa mereka akan mengerti kerana mereka menyayanginya dan tetap akan ada.
Pelajaran yang sangat menyedihkan. Semoga yang membacanya dapat mengambil iktibar yang terkandung dalam kisah tersebut.

Kuruskan Badan

Nak kuruskan badan ni, tidaklah susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.


2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah jogging atau berenang.

Dibawah ini saya catatkan petua atau tips nak kuruskan badan;

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap sama.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah .

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitami n, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja teris.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing.

Karangan Lawak



Penumpang pukul perompak wanita


BANDAR RAYA GUATEMALA – Seorang wanita yang menyertai satu kumpulan perompak, Alejandra Maria Torres merintih simpati dalam keadan separuh bogel selepas dia dipukul oleh sekumpulan penumpang sebuah bas di sini kelmarin.

Wanita itu merupakan anggota satu kumpulan bersenjata yang cuba untuk merompak penumpang sebuah bas di bandar raya ini.

Semasa dia cuba melarikan diri, beberapa penumpang memukul dan menarik bajunya sebelum mereka mencurahkan minyak petrol untuk membakarnya di sebatang jalan raya.

Namun, beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian dan menangkapnya.

Tiga lagi anggota kumpulan itu berjaya melarikan diri.

Saya Takut Hantu

Sebuah karangan yang mantap di tulis adik kita di sekolah. Mungkin sekolah rendah

Adakah aku dahulu pun camni ker. :? Tak kut
Related Posts with Thumbnails