25 Sep 2014

Tragedi Kerja Rumah Tak Siap

BANGKOK: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dipukul hingga mati oleh bapanya hanya kerana dia gagal menyiapkan kerja rumah diberi gurunya. Jurucakap polis wilayah Phayao berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah Muang pada malam Isnin. Ketika polis tiba di tempat kejadian, katanya, budak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan darah dilihat keluar dari hidung dan mulutnya. “Tangan kirinya juga patah,” katanya. Budak malang itu sempat dikejarkan ke Hospital Phayao dan menjalani rawatan imbasan pada kepala tetapi disebabkan kecederaannya serius, dia dirujuk kepada Hospital Chiang Rai Prachanukroh. Bagaimanapun, budak itu disahkan meninggal dunia pagi. Sementara itu, bapa mangsa – seorang juruteknik penyaman udara yang berusia 36 tahun mengaku mabuk ketika membelasah anaknya. Kata jurucakap polis, lelaki terbabit berang dan tidak dapat mengawal dirinya apabila mendapati mangsa belum menyiapkan kerja rumah.

24 Sep 2014

Gambar Kejadian Siang Dan Malam

Subhanallah - beginilah putaran alam, siang dan malam. Bukti kebesaran Allah yang tiada tandingan. Kepadanya suatu hari nanti kita akan kembali.

Ketagih makan lilin

SESETENGAH orang mempunyai tabiat menggigit kuku yang dianggap tidak sihat kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Tetapi, kembar berumur 50 tahun dari Bradford, England ini mempunyai ketagihan pelik akibat masalah gangguan makanan atau Pica yang menyebabkan mereka cenderung memakan bahan tertentu. Adele mendakwa dia gemar memakan lilin sejak berumur lapan tahun dan ia langsung tidak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatannya. Kembarnya, Anita memberitahu dia mengalami Pica ketika hamil kira-kira 24 tahun lalu. "Saya mula mengidam objek yang berbau seperti tiket bas lama dan akhirnya menemui bau sama pada buku terpakai. Rasanya juga lebih enak seperti memakan bar coklat," katanya. Ahli psikologi, Marcia Karp memaklumkan terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang ketagih untuk mengambil 'makanan' pelik sepanjang hidup mereka. "Sebagai contoh, Pica mungkin dialami sesetengah wanita hamil dan kadang-kadang disebabkan oleh defisit mineral," jelasnya kepada DailyMail.

Kanak-kanak berjalan 5 km dalam tidur

HONNINGSVAG - NORWAY. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun telah mengejutkan keluarganya, apabila berjalan dalam tidur lebih lima kilometer ke pekan berhampiran ketika cuaca sejuk. Memetik laporan Finnmark Dagblad, kanak-kanak itu hanya memakai seluar dalam dan sepasang kasut tidur. Kanak-kanak akhirnya ditemui tanpa luka di bandar Honningsvag di bahagian utara Mageroeya selepas penduduk tempatan menghubungi pihak polis selepas melihat kelibatnya sekitar jam 6:30 pagi, semalam. Sementara ibu saudaranya hanya menyedari kanak-kanak ini hilang apabila polis menghubunginya. "Saya berlari ke dalam bilik tidurnya dan berasa sangat terkejut apabila melihat dia tidak ada di atas katil," katanya kepada akhbar Verdens Gang. Menurut ibu saudaranya lagi, kanak-kanak itu nampaknya 'bermimpi' bahawa rumahnya terbakar, lantas memakai kasut dan terus membuka pintu hadapan rumah untuk lari keluar. Kanak-kanak tersebut dipercayai keluar berlari ke kawasan kilang ikan berhampiran sebelum berjalan kira-kira 800 meter ke dalam terowong untuk ke Honningsvag. "Anak saudara saya telah keluar selama beberapa jam. "Dalam cuaca ini, dirinya benar-benar sejuk dan sengsara," kata ibu saudaranya lagi. Kanak-kanak itu dan tiga adiknya dijaga sementara ibu saudara mereka kerana ibunya pergi bercuti.

Akibat abaikan anak

SEPASANG suami isteri, Idle Gillian Hendry dan Craig Dick, masing-masing berusia 34 tahun hilang hak penjagaan anak selepas dituduh mengabaikan dua anak mereka di Teesdale Terrace, Britain. Dalam kertas pertuduhan di bacakan di Mahkamah Crown, pasangan itu dikatakan mengabaikan dua anak mereka berusia 12 tahun dan dua tahun dengan meninggalkan mereka di dalam bilik kotor dan busuk. Menurut Dailymail, lebih menyedihkan, seorang daripada anaknya dilaporkan buta mata kiri kerana pasangan itu gagal membawa anak mereka untuk temu janji di hospital. Tindakan pengabaian kanak-kanak itu terbongkar selepas sekumpulan pekerja sosial dari hospital berkenaan pergi ke rumah pasangan itu untuk mengetahui alasan mengapa mereka gagal menemui doktor bagi melakukan pembedahan mata berkenaan. Ketika memasuki rumah terbabit, terdapat puluhan plastik sampah di ruang tamu dengan pakaian tidak berbasuh dan tandas kotor yang dipenuhi najis serta tilam berkulat. Hakim Mahkamah Crown berkata, tindakan pasangan itu amat kejam kerana membiarkan anak-anak mereka hidup dalam keadaan mengerikan dan sangat kotor. Bagaimanapun, peguam pasangan itu Peter Wishlade berkata, ibu kanak-kanak itu mengalami kemurungan hingga gagal melayan anak-anaknya manakala bapa mereka seorang yang pengotor. "Dia adalah seorang lelaki yang tidak tahu menjaga kebersihan diri dan tertekan dengan masalah isterinya," katanya. Keputusan penghakiman diakhiri dengan hakim memutuskan, kedua-dua pasangan itu hilang hak penjagaan terhadap anak-anak mereka dan pasangan itu ditahan di bawah penjagaan pakar sakit jiwa di hospital tempatan.

Wanita Mengandung Yang Ditikam Selamat Melahirkan Anak

Lauren Oliver, 25, ditikam dan mengalami beberapa kecederaan di rumahnya pada minggu lepas, dalam keadaan dia sedang mengandung 7 bulan. Namun begitu, Lauren telah terselamat dan beberapa jam kemudian, bayi perempuannya juga berjaya diselamatkan selepas dilahirkan dengan kaedah pembedahan Caesarean.
Harper dilahirkan pada usia kandungan Lauren 33 minggu dengan berat 4lbs 1oz. Bayi perempuan ajaib ini dikekalkan dalam pemerhatian ketat di Hospital Awam Scunthorpe, tetapi dia dan ibunya berada dalam keadaan baik. Instruktor Menunggang, Lauren, Belton, Lincs, yang merupakan seorang ibu kepada Ruby, 6 tahun, memberitahu yang ahli terbaru dalam keluarganya adalah keajaibannya yang sempurna.
Dia menambah lagi,”Harper dalam keadaan baik. Dia adalah seorang pejuang. Kami menerima kunjungan ramai orang, banyak kad, dan banyak sokongan.” Begitulah kehidupan ini. Biarpun kita diletakkan dalam keadaan berbahaya yang mengancam nyawa, jika belum ajal kita, kita tetap akan kekal hidup. Keajaiban ini benar-benar telah membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Allahu Akbar.

Gadis Menangis Keluar Ketulan Batu Kecil

YAMAN – Kita biasa mendengar pepatah menangis air mata darah, menandakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku. Tetapi kini ada perumpamaan baru iaitu menangis air mata batu. Ia bukan satu pepatah sebaliknya benar-benar berlaku kepada seorang budak berusia 12 tahun , Saadiya Saleh yang menetap di sebuah kampung di sini. Setiap kali dia menangis, maka matanya akan mengeluarkan ketulan batu kecil. Batu-batu itu akan gugur dari matanya, seperti air mata. Keadaan ini mengejutkan banyak pihak, malah pasukan perubatan sendiri pening kepala memikirkan perkara ini kerana remaja itu tidak menghidap sebarang penyakit. Bagaimanapun penduduk kampung ada pendapat sendiri, mereka percaya Saadiya telah dikenakan sihir. Ia menyebabkan seluruh penduduk kampung menjadi panik. Ada yang bimbang Saadiya menjadi mangsa individu yang menyihirnya dan ada pula yang khuatir ia merupakan permulaan kepada wabak penyakit yang merbahaya.

Tradisi Pelik Tanam Orang Hidup-Hidup

Ada pelbagai tradisi unik yang kadang-kadang tidak terfikir dek akal, salah satunya di Cuba dimana satu tradisi melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup! Namun, tidak perlu bimbang, pengebumian tersebut hanyalah perarakan dan bukan benar-benar ditimbus dalam tanah. Tradisi pelik ini dilakukan setiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas, bandar kecil berhampiran Havana.
Selama 30 tahun, festival ini selalu disambut pada 5 Februari dan dikenali dengan nama “Burial of Pachencho.” Seperti pengebumian sebenar, ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke dalam lubang kubur diiringi muzik dan dihantar sekumpulan yang berkabung. Mereka juga mendoakan dan menangisi ‘jenazah’ itu ketika akan dikuburkan.
Prosesnya bemula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda ke liang lahad dipimpin seorang ketua. Selepas memberikan doa terakhir, sekumpulan yang berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut ‘jenazah’ untuk diminumnya. Setelah itu ‘jenazah’ membuka mata dan keluar dari keranda tersebut. Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival tempatan. Nama ‘Pachencho’ sendiri dipilih bukan berkaitan dengan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan. Berdasarkan kepada suasana berduka, festival kematian palsu ini malah disambut bagaikan sebuah pesta di jalan-jalan bandar selama seharian. “Festival ini memberikan nafas kepada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar, ” kata Yaumara Solis. “Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada, ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan.” – Sumber

Woah! Telur Siput Menetas Dalam Lutut Budak Ni?

California – Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Paul Franklin terkejut selepas mendapati bengkak di lututnya sebenarnya mengandungi siput laut. Menurut ibunya, Rachel, siput itu keluar daripada lutut anaknya itu selepas dia memicit bengkak di bahagian berkenaan. Pada mulanya, Rachel berkata, dia menyangka bengkak dan luka di berlaku selepas anaknya terjatuh di atas batu ketika mereka sekeluarga berkelah di tepi pantai. “Selepas membersihkan luka itu dengan antibiotik dan lutut itu dibalut, saya sangkakan ia akan pulih seperti sediakala,’’ katanya. Namun beberapa minggu kemudian, Paul sekali lagi jatuh ketika bermain ski menyebabkan lututnya itu membengkak dan berasa sakit apabila disentuh. Doktor memberitahu Rachael bahawa ia merupakan jangkitan kuman dan telah mengambil tisu di bahagian lututnya untuk ujian selain memberikan antibiotik yang lebih kuat. Hanya selepas ubat itu gagal memberikan kesan, Rachel mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dan dia kemudiannya memutuskan untuk memicit bengkak berkenaan bagi mengeluarkan cecair di dalamnya. “Saya tahu doktor tidak akan berbuat demikian, sebab itu saya perlu melakukannya sendiri,’’ katanya. Apa yang mengejutkannya ialah selepas lutut Paul dipicit, satu objek kecil telah keluar dari luka itu dan selepas diamati rupanya ia adalah siput kecil. Rupa-rupanya ketika mereka berkelah di tepi pantai itu, Paul telah terjatuh di atas sarang telur siput berkenaan yang kemudiannya masuk ke dalam luka tersebut.

Fuh Pelik! Wanita Ini Ketagih Makan Pewangi Ketiak?

Memang tidak dinafikan, pewangi ketiak memang wangi dan digunakan oleh hampir semua orang. Tapi tak ke pelik pewangi ketiak dibuat makanan harian, dah macam snek appolo pulak dah. Ikuti kisah penuh dibawah ini! Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak. Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu. Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan. Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut. Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening. “Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila. “Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari. “Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. – Agensi

Ketagih makan kucing

Andernach (Jerman): Seorang lelaki Vietnam di Jerman yang mengaku membunuh, memanggang dan memakan kucing jirannya hairan mengapa dia menjadi sasaran kemarahan pencinta haiwan. “Apa salahnya makan kucing,” kata Tran Qui selepas dia ditahan kerana memanggang seekor kucing bernama Mungo milik seorang pesara tempatan. Kini, pemilik kucing di Andernach di Rihneland terpaksa mengurung haiwan peliharaan masing-masing selepas Qui disyaki membunuh dan memakan 30 kucing yang hilang sejak beberapa bulan lalu. Seorang jurucakap polis berkata: “Dia memasak haiwan itu di luar rumah. Mungkin sudah menjadi budaya Asia memakan daging kucing. Tetapi di Jerman, ia tidak boleh diterima.” DAGING kucing dimasak di sebuah restoran di Vietnam. Seorang penduduk, Christina Sarwatka berkata, 30 kucing hilang baru-baru ini. “Saya tidak akan biarkan kucing saya keluar lagi. Saya bimbang dia akan dimakan oleh lelaki itu,” katanya. Qui, bapa lima anak, tinggal di bandar itu sejak dua tahun lalu dan berkata, dia merindui ‘masakan Vietnam.’ “Kerana itu saya masak daging kucing dan memakannya,” katanya.- Agensi

Tayang Mercedes bertatah kristal

London: Jalan raya di Knightsbridge, barat London, memang dikenali sebagai tempat golongan kaya melaram kenderaan mewah yang dimiliki pada setiap musim panas, termasuk di kalangan hartawan Arab yang bernafsu besar. Namun seorang wanita Russia semalam mencipta penanda aras baru apabila hadir menayangkan keretanya, Mercedes CLS 350 yang dipakaikan dengan kristal mahal Swarovski. Berdasarkan harga semasa, kereta itu bernilai £25,000 (RM133,000) tetapi perhiasan yang digunakan pada badannya dianggap mewah. Pemiliknya, seorang siswi perniagaan dari Russia, Daria Radionova, 21, menjadikan kereta keluaran 2011 nampak amat bergaya.
KERETA Mercedes CLS 350 yang disalut kristal Swarovski. Kata Daria, dia mahukan sesuatu yang unik dan istimewa pada kereta berkenaan. “Kereta ini dihias oleh pereka dari Russia. “Mereka bekerja selama 12 jam sehari selama dua bulan untuk menyiapkannya,” katanya. Ketika muncul di Knightsbridge, tidak sukar untuk Daria menarik perhatian ramai. Ke mana saja dia memandu, katanya, orang ramai pasti akan menoleh takjub. Namun Daria tidak bercadang menyimpan kereta itu selamanya. “Suatu hari nanti saya akan menjualnya dan wang berkenaan bakal didermakan untuk pertubuhan kebajikan. - Agensi

Atuk ‘terajang’ perogol berbogel

Gombak: “Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati,” kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam. Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini. Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek. “Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.
UMAH milik Ahmad yang diceroboh, semalam. Gambar kecil, kain batik milik mangsa. “Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.

Penoreh didakwa bunuh anak teman wanita

SUNGAI PETANI- Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dipercayai akibat dicekik sebelum mayatnya ditanam di ladang kelapa sawit pada bulan lalu terbela hari ini apabila teman lelaki kepada ibu mangsa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini. Mohd. Zamri Daud, 42, yang bekerja sebagai penoreh getah menghadapi tuduhan membunuh Mohamad Fazrin Md. Shukri di sebuah rumah tidak bernombor, belakang kedai runcit bernombor 80A1, Kampung Sungai di sini pada pukul 11 pagi, 11 Ogos lalu. Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussin mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Lelaki dari Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Baling itu hanya mengangguk kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam bela. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 4 November ini sementara menunggu laporan bedah siasat. Sebelum ini akhbar melaporkan, misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dari rumahnya di Sungai Karangan, Kulim dekat sini sejak 11 Ogos akhirnya terjawab apabila polis menemui mayatnya ditanam dalam kawasan semak di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Selambau di sini pada 10 September lalu. Mayat Mohamad Fazrin ditemui selepas polis menahan suspek kerana mengesyaki sesuatu tidak kena ekoran tindakan ibu kepada mangsa cuba menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum itu. Lebih memeranjatkan, hasil soal siasat mendapati mangsa dikatakan mati akibat dicekik oleh lelaki itu dan bertindak menanam untuk tujuan menghapuskan bukti.

Hasrat bertunang tak kesampaian

ALOR SETAR - Hasrat seorang pemuda untuk melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya selepas Hari Raya Aidiladha ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam satu kemalangan di Jalan Alor Melintang, Mukim Tajar di sini malam kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Shazwan Mohd. Abdul Wahab, 25, yang berasal dari Kampung Alor Melintang dekat sini sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Jalan Putra di sini. Bagaimanapun, ketika mahu membelok untuk memasuki simpang kampung tersebut, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa telah bertembung dengan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang dinaiki dua lelaki lain yang datang dari arah bertentangan.

Bayi cedera diserang biawak air

KUANTAN – Seorang bayi perempuan nyaris menjadi santapan seekor biawak ketika ditinggalkan dalam alat bantuan berjalan (baby walker) di kuarters pekerja Berjaya Tioman Resort di Kampung Tekek, Pulau Tioman di perairan Pahang kelmarin. Dalam kejadian pukul 10 pagi, Nurhidayah Abdul Rahman yang berusia lapan bulan mengalami kecederaan teruk di muka dan kepala akibat digigit dan dicakar haiwan itu. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, semasa kejadian difahamkan Nurhidayah yang dijaga oleh ibunya, Nor Raudah Abdullah, 38, diletakkan dalam alatan bantuan berjalan di dapur kuaters itu sebelum suri rumah terbabit mahu memasak bubur untuk mangsa. Menurut beliau, selang beberapa minit meninggalkan mangsa, Nor Raudah terkejut mendengar bunyi bising seperti barangan dijatuhkan dan diikuti tangisan kuat anaknya.
Related Posts with Thumbnails