KUANTAN – Seorang bayi perempuan nyaris menjadi santapan seekor biawak ketika ditinggalkan dalam alat bantuan berjalan (baby walker) di kuarters pekerja Berjaya Tioman Resort di Kampung Tekek, Pulau Tioman di perairan Pahang kelmarin.
Dalam kejadian pukul 10 pagi, Nurhidayah Abdul Rahman yang berusia lapan bulan mengalami kecederaan teruk di muka dan kepala akibat digigit dan dicakar haiwan itu.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, semasa kejadian difahamkan Nurhidayah yang dijaga oleh ibunya, Nor Raudah Abdullah, 38, diletakkan dalam alatan bantuan berjalan di dapur kuaters itu sebelum suri rumah terbabit mahu memasak bubur untuk mangsa.
Menurut beliau, selang beberapa minit meninggalkan mangsa, Nor Raudah terkejut mendengar bunyi bising seperti barangan dijatuhkan dan diikuti tangisan kuat anaknya.