MILWAUKEE, Amerika Syarikat – Sepasang suami isteri di Wisconsin, Stu dan Diane Rains memiliki seekor ikan emas pertama di dunia yang pandai bermain alat muzik, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan peliharaan itu boleh bermain alat muzik loceng tangan dan gemar memainkan alat muzik itu semasa lagu-lagu penyanyi veteran Barbra Streisands berkumandang.
Ikan bernama Jor Jor yang berusia dua tahun itu akan meniup satu saluran di dalam akuariumnya yang disambung pada alat-alat muzik di luar akuarium tersebut.
“Jor Jor memang pemuzik unik, ia juga suka mendengar lagu Moon River oleh penyanyi Barbra Streisand sebelum memainkan loceng untuk beberapa saat dengan menggunakan mulut dan kemudian berenang,” kata Diane, 54.