27 Mei 2010

Ditimbus sampah dalam rumah


CHICAGO – Anggota-anggota bomba telah dikerahkan bagi menyiasat kehilangan sepasang suami isteri sejak tiga minggu lalu di sebuah rumah selepas mendapat aduan daripada jiran-jiran.

Namun, apa yang mengejutkan ialah mereka menemui pasangan itu tertimbus dalam keadaan tidak bermaya di bawah timbunan sampah di dalam rumah mereka.

Pasangan suami isteri yang berusia 79 tahun dan 76 tahun itu telah dijumpai pada malam Isnin lepas.

Jiran yang bimbang mengenai kehilangan mereka telah menghubungi pihak polis namun gagal memasuki rumah ekoran sampah yang memenuhi ruang sehingga ke siling.

“Rumah tersebut dipenuhi dengan pelbagai bahan buangan termasuk makanan yang telah rosak, baju, kertas malah tayar. “Setakat ini, bagaimana mereka ditimbus masih belum diketahui,” kata jurucakap bomba, Larry Langford.

Kedua-dua mereka masih dirawat di Hospital Jackson Park.
Related Posts with Thumbnails