5 Mei 2010

Lori terhumban pemandu selamat


REMBAU – Berpantang mati sebelum ajal.

Itulah yang berlaku terhadap pemandu Azmi Deli, 37, apabila dia sekadar cedera ringan selepas lori kontena yang dipandunya terbabas dan terjunam lima meter dari jambatan di Kilometer 228 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Tampin semalam.

Kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 pagi sewaktu lori itu yang sarat dengan bekalan makanan dari Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor menuju ke Johor mengekori rapat sebuah lori kontena lain.

Namun sewaktu lori kontena itu memasuki lorong memotong, Azmi tidak sempat mengelak sebuah lori lain yang lebih kecil di hadapannya sebelum berlaku rempuhan.

Jurucakap polis berkata, rempuhan itu menyebabkan lori kontena yang dipandu oleh Azmi terjunam dari jambatan dan terhempas atas Jalan Astana Raja- Lubok Cina manakala lori kecil itu terbabas dan melanggar penghadang lebuh raya.

“Azmi yang terhempas bersama lorinya hanya mengalami hidung berdarah manakala enjin kenderaan itu terbakar,” kata beliau.
Related Posts with Thumbnails