5 Mei 2010

Gadai nyawa selamatkan jiran


NIBONG TEBAL – Niat baik seorang lelaki yang ingin membantu seorang warga emas yang juga jirannya yang dirompak sekumpulan tiga lelaki berakhir dengan dia mati dikelar dan ditikam perompak itu.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 petang di Jalan Selamat, Sungai Bakap di sini semalam, mangsa Mohd. Faizal Mohd. Zain, 28, mati di rumah warga emas yang cuba dibantunya akibat cedera parah di leher, dada, betis selain terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan.

Warga emas Hussin Abdul Rahim, 80-an, yang menjadi mangsa rompakan itu cedera di muka dipercayai akibat dipukul selain cedera ringan di pergelangan tangan kerana diikat dengan tali.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, Hussin tinggal bersama isterinya yang berusia 60-an di rumah yang disewa mereka sejak beberapa bulan lalu namun semasa kejadian rompakan itu isterinya keluar bekerja.

“Semasa berehat, muncul seorang lelaki yang berpura-pura menziarahinya manakala dua lagi suspek menunggu di luar rumah.

“Selepas diberi minum, lelaki itu mula bertindak ganas dengan menumbuk Hussin dan mengikatnya sebelum warga emas itu dikurung di dalam bilik,” kata beliau.
Related Posts with Thumbnails